Cara Step by Step beli Rumah Pertama yang anda mesti tahu

Anda mungkin nk beli rumah pertama , tetapi tak tahu caranya. Jom Bace lanjut di bawah .

Tentukan Matlamat & Jenis Rumah Yang Anda Mahu

Langkah pertama , Anda kena tahu kenapa anda beli rumah. Adakah untuk duduk sendiri? Untuk pelaburan? Atau untuk keluarga?

Bila dah jelas dengan matlamat, baru senang nak buat keputusan seperti:

  • Lokasi rumah (dekat tempat kerja, sekolah, highway)

  • Jenis rumah (apartment, rumah teres, semi-D, rumah subsale, undercon atau lelong)

  • Saiz rumah dan bilangan bilik

Contohnya, kalau bujang dan bekerja di bandar, mungkin apartment studio lebih sesuai. Tapi kalau dah berkeluarga, rumah teres dengan 3-4 bilik lebih sesuai.

Semak Kelayakan Kewangan Anda

Bank akan nilai kemampuan kewangan anda melalui konsep Debt Service Ratio (DSR). Secara ringkas, DSR ialah nisbah komitmen bulanan berbanding pendapatan.

Formula asas DSR:

(Commitment bulanan termasuk bayaran rumah) ÷ Pendapatan bulanan × 100%

Kebanyakan bank akan luluskan loan kalau DSR anda bawah 70%. Jadi, sebelum survey rumah:

  • Pastikan gaji bersih mencukupi

  • Komitmen bulanan seperti pinjaman kereta, PTPTN, atau kad kredit tidak terlalu tinggi

  • CCRIS & CTOS tiada rekod buruk

Boleh juga guna kalkulator kelayakan online untuk kira anggaran harga rumah yang sesuai dengan kemampuan anda.

Kumpul Simpanan Untuk Kos Permulaan

Ramai ingat beli rumah cuma perlu bayar deposit sahaja. Sebenarnya, ada banyak lagi kos yang terlibat.

Contoh kos permulaan:

  • Booking fee: 3% dari harga rumah

  • Deposit keseluruhan: 10%

  • Yuran guaman (legal fee)

  • Duti setem (stamp duty)

  • Kos penilaian (valuation fee) jika rumah subsale

Sebagai contoh, jika anda beli rumah RM300,000:

  • Booking fee: RM9,000

  • Deposit penuh: RM30,000

  • Kos guaman & duti setem: ± RM8,000 – RM10,000

Kalau beli rumah undercon (dari developer), banyak developer akan cover legal fee, MOT & beri diskaun. Jadi pastikan anda tanya betul-betul sebelum booking.

Mula Survey & Lawat Rumah

Lepas tahu bajet dan jenis rumah, bolehlah mula cari rumah:

Platform online:

  • Mudah.my

  • iProperty

  • PropertyGuru

  • FB group seperti “Rumah Untuk Dijual” ikut kawasan

Pilih rumah berdasarkan:

  • Lokasi strategik

  • Kemudahan awam (sekolah, hospital, kedai)

  • Akses ke lebuhraya atau public transport

  • Keadaan rumah & status pegangan (freehold atau leasehold)

Tips: Jangan buat keputusan lepas tengok satu rumah je. Bandingkan beberapa unit dulu supaya dapat pilihan terbaik.

Mohon Pembiayaan Perumahan

Dah jumpa rumah yang sesuai, sekarang masa untuk mohon loan bank atau LPPSA (kalau anda kakitangan kerajaan).

Dokumen yang diperlukan:

  • Slip gaji 3 bulan

  • Penyata bank 3 bulan

  • EA Form / surat tawaran kerja

  • IC & penyata KWSP

  • Dokumen rumah seperti SPA / Booking form

Jenis loan:

  • Loan Konvensional

  • Loan Islamik (MBSB, Bank Islam, dll)

  • LPPSA (kerajaan)

Bank akan buat penilaian (valuation) & luluskan jumlah pinjaman berdasarkan harga pasaran rumah & DSR anda.

Tandatangan Perjanjian Jual Beli (SPA)

Kalau loan dah lulus, anda akan tandatangan Sales and Purchase Agreement (SPA).

SPA adalah dokumen rasmi perjanjian antara pembeli dan penjual. Proses ni biasanya dikendalikan oleh peguam hartanah.

Pastikan:

  • Nama betul

  • Harga rumah seperti dipersetujui

  • Semua terma difahami (jangan takut tanya lawyer kalau tak faham)

SPA biasanya ditandatangani dalam masa 14-21 hari selepas booking.

Proses Pindah Milik & Disbursement Loan

Lepas SPA ditandatangani:

  • Peguam akan urus pindah milik di pejabat tanah

  • Bank akan keluarkan bayaran (disburse) kepada penjual

  • Anda akan mula bayar ansuran bulanan rumah selepas loan disburse

Tempoh proses ni mengambil masa sekitar 3-4 bulan untuk rumah subsale.

Terima Kunci & Masuk Rumah

Akhir sekali saat yang and paling ditunggu!

  • Untuk subsale, anda terima kunci selepas semua bayaran & pindah milik selesai.

  • Untuk undercon, anda terima kunci selepas rumah siap & CCC ( Sijil Penyiapan dan Pematuhan) dikeluarkan.

Sebelum masuk:

  • Semak semua keadaan rumah (dinding, bumbung, paip, suis elektrik)

  • Buat laporan kerosakan kalau ada (Developer biasanya bagi 18 bulan warranty)

Bonus Tips Untuk Pembeli Rumah Pertama

  1. Guna Skim Rumah Pertamaku (SRP) – boleh dapat 100% loan tanpa perlu deposit.

  2. Check kelayakan untuk PR1MA, Rumah Selangorku, Residensi Wilayah – rumah mampu milik bawah RM300K.

  3. Ambil MRTA / MLTT – perlindungan pinjaman sekiranya berlaku kematian / hilang upaya.

  4. Pastikan ejen hartanah anda berdaftar (bukan scammer)

Penutup

Membeli rumah pertama bukan sekadar proses kewangan , ia juga keputusan emosi dan masa depan. Bila anda faham langkah-langkah yang betul, proses beli rumah akan jadi lebih mudah dan tak menakutkan.

Kalau anda masih rasa keliru atau perlukan bantuan, cikpia sedia bantu dari A sampai Z – dari cari rumah, mohon loan, sampailah anda masuk rumah dengan senyuman.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top